Friday, January 8, 2010


Homestay Malaysia


Halaman Web Rasmi
MOTOUR

Fasiliti

Dalam Kawasan Homestay

Masjid(Awam)
Perpustakaan(Awam)
Telefon(Awam)
pusat aktiviti KEMAS(Awam)
Padang Bola(Awam)
Dewan Homestay(Awam)
Kedai Runcit(Persendirian)
Stesen Bas(Awam)

Di Sekitar/Berdekatan Homestay
Sawah Padi(Persendirian)
Tanaman Buah(Persendirian)
Teratak Za'ba(Awam)

Latarbelakang
Homestay Lonek yang terletak di Daerah Jempol merupakan satu destinasi pelancongan yang berkonsepkan pengalaman kehidupan desa dengan tarikan keindahan alam semulajadi yang menghijau beserta dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih.

Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan saujana kehijauan sawah padi, ladang getah, dan kelapa sawit di samping pokok-pokok buah-buahan di sekeliling kampung. Di samping itu terdapat juga perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berasaskan rotan, buluh dan mengkuang untuk seni kraftangan, juga mee kuning dan kuih-muih tradisional masyarakat kampung.

Dengan projek tanaman padi yang meluas di Kampung Lonek ini, maka pihak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Homestay Lonek mengambil inisiatif untuk mengadakan Pesta Mengemping sebagai nostalgia budaya dan warisan nenek moyang kita dahulu.


Lokasi
Homestay Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Bagi pelancong yang datang dari arah utara, mereka boleh melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Johor sehingga ke Seremban. Dari lebuh raya, di susur keluar ke Senawang, terdapat signboard ke KUALA PILAH. Mereka boleh mengikut arah Kuala Pilah, dengan melalui Bandar Senawang, jalan Bukit Putus, Ulu Bendul serta Kuala Pilah. Sampai di Kuala Pilah, anda akan lihat papan tanda di persimpangan Kuala Pilah iaitu arah kiri ke Homestay Kg Lonek. Ikut arah itu, dan melalui jalan ke PEKAN BATU KIKIR. Selepas Pekan Batu Kikir, ada simpang ke kanan ke Homestay Kg Lonek. Menghampiri Homestay Kg Lonek, anda akan melalui Teratak Zaaba yang berada di sebelah kawasan Homestay Lonek. Selepas Teratak Zaba, anda akan lihat signboard ke kanan, Homestay Kg Lonek 1.9 KM.

Bagi pelancong dari selatan tanah air, mereka boleh melalui jalan samada dari Gemas, Muazam ataupun Rompin. Mereka boleh mengikut arah jalan ke BAHAU. Homestay Kg Lonek terletak lebih kurang 3 KM dari Bahau. Mereka juga boleh mendapatkan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu yang terus ke BAHAU. Agen kami pasti berbesar hati menjemput anda di Bahau...


Dalam Kawasan Homestay
Sukan Tradisional
Demostrasi
Lawatan Produk Homestay Lonek
Persembahan Tradisional
keagamaan dan pembelajaran

Di Sekitar/Berdekatan Homestay

Tempat Bersejarah
Teratak Za'ba (2KM)

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
1) Hajah Badariah Ahmad (Pengerusi/Koordinator/Pengurus Projek)
Tel. (R): +606-4544163 (Hp): +6019-2871410
2) Nor Asiah bt. Haron (Setiausaha)
Tel. (R): +606-4985227 (Hp): +6012-6915482 Email: nenekteh@yahoo.com
3) Mohd Hezri Bin Mat Isa (Pegawai Eksekutif)
Tel. (R): +60123973231 (Hp): +6064984379 Email: homestay_lonek@yahoo.com.my

Copyright © 2008 Direktori Homestay Kementerian Pelancongan Malaysia
4980 pelawat sejak February 2009

Alamat
Homestay Kg. Lonek
No.10, Kampung Lonek, Batu Kikir, 72100, Bahau, Negeri Sembilan
Tel:+60192871410 Faks:+6064984379 Email:homestay_lonek@yahoo.com.my

keindahan kampungku




Kampung tradisi ini dikelilingi dengan kehijauan tanaman padi. Selain itu, terdapat juga sebuah homestay,kraftangan daun getah,kraftangan rotan & industri kecil sederhana yang membuat tauhu & mi.Kedudukan kampung ini agak strategik di mana ramai yang sesat apabila memasuki kawasan ini kerana terdapat banyak kampung yang tidak diletakkan batu sempadan.Homestay kampung lonek mula ditubuhkan pada tahun 2005.Sehingga kini,Homestay kampung ini terkenal di dalam dan luar negara.Terlupa pula pada ladang sawit,kebun getah di samping tanaman buah-buahan.